Google
 

Monday, November 23, 2009

Let's Karok..

Alkisah, mak sefamily telah pergi ke Giant Nusa Bestari yang baru 2 hari dibuka pada hari Sabtu yang lalu.. dalam memulakan langkah memasuk ke dalam bangungan Giant tu, mak telah disapa oleh seseorang lelaki yang tidak berapa hensem menawarkan mak sefamily untuk menyanyi karoake suka2 secara percuma.. Aikh? Biar betik..
Rupa2nya derang tengah buat promotion, ko bantai ler nyanyi kat situ.. satu sen pun dia tak mintak.. so apa lagi.. hubby aku pun ok jerk.. berangkut ler kami anak beranak ke salah satu bilik yang disediakan.. biliknyer takde la besar sgt, cukup2 untuk kami 4 beranak.. orang dah bagi free nak byk cekadak pulak kan..? diam2 sudah.. nyanyi jek.. jgn banyak cerita..
Maka terkeluarlah suara2 sumbang dari aku, suamiku, HaziQ dan tidak ketinggalan ThaQif.. dari lagu budak kecik, lagu rock, lagu slow, lagu pop, semua kami belasah.. hehehehe..

Thursday, November 19, 2009

Aku dah dpt balik kenikmatan tido yang sebenar..

Panjang giler tajuk entry aku kali ni.. serius beb, aku dah dpt balik kenikmatan tido yang hilang pada minggu lepas.. minggu lepas, aku memang tak cukup tido.. terkesan dari bebanan kerja yang berlambak kat ofis.. tak aman dunia aku.. nak tido lena pun tak dpt..
Minggu ni aku ganti balik semua masa tido aku.. gambar ni hubby aku yang amik, dia kata aku tido tak hengat dunia, berdengkur kemain kuat lagi.. wakakaka, ye ker pa..? malunyer.. ah, lantakler, penat oiii.. mana nak layan keje ofis lagi, mana nak layan keje rumah lagi, mana nak layan budak2 lagi, layan bapak budak lagi.. fengsan wooo..

Wednesday, November 18, 2009

X sihat

Beb, semalam aku MC ko.. sakit perut, cirit-birit dan muntah2.. amik ko pakej.. risau gak aku.. memula aku tak bajet pun nak MC..

Dah tu bila smpi petang masih muntah dengan cirit, aku terpaksalah pegi klinik.. tak sangka plak doktor tu nak bagi MC.. aku pun orang nak bagi terima je lah dengan hati yang redha.. tak gitu kengkawan..?

Monday, November 16, 2009

Roti Cheese Nan

Kengkawan, best tau roti cheese nan nih.. mehla cuba.. dptkan nyer di kedai2 mamak yang berhampiran dengan rumah anda..
P/s: Entry paling singkat dalam sejarah aku berblogging.. maaf ya geng.. aku busy bangettttt nih..
Ok geng, Pengembaraan Upin dan Ipin sudah bermula.. (tetiba kan, ni tandanya aku tengah tingtong..)

Friday, November 13, 2009

Separuh Jiwaku Pergi

Sedih plak aku dengar lagu si Anang yang baru ni.. sure dia dedicated lagu ni untuk ex wife dia tu kan.. ala2 luahan perasaan gitu.. aku kekadang pun suke expreskan perasaan aku melalui lagu.. cuma aku ni tak pandai nak mengcompose lagu, kalo tak musti byk gak lagu bermain di radio.. wakakaka..

Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua

Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Thursday, November 12, 2009

Relaks...

Dah lama gila rasanya aku tak dok relaks cam gini.. Duduk ala2 mem besar, baca2 majalah dan surat khabar.. berabad lamanya aku tidak merasakan situasi ini.. Dahler 2-3 hari ni aku dok balik lambat jer.. sian kat laki dan anak2 aku.. (aku lagi kesian sebenarnya..)
Smlm barula aku berkesempatan duduk diam2 baca magazine 3 bulan lepas dan paper.. ermmm, bestnyer.. hopefully dalam 2-3 hari ni, dunia aku akan kembali normal..
P/s: owh yer gambar2 ni diambil oleh photographer rasmi keluarga kami, Saudara Muhammad HaziQ Azhan Bin Zulhaidi.. kalo korang nak gunakan khidmat dia untuk amik gambar, kasiler tahu aku.. gerenti puas hati.. wakakakaka..

Tuesday, November 10, 2009

Lambaian Kaabah

Musim haji tiba lagi, musim haji kali ni takde melibatkan keluarga terdekat, saudara mara atau teman-teman rapat aku.. kalo ada pun 3 orang office mate aku.. muda2 ko dah pergi haji.. Alhamdulillah, murah rezeki derang..
Personally aku memang gumbira sgt2 untuk mereka2 yang telah berjaya mendapat panggilan untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ni.. lagi2 yang masih muda belia tu.. Aku sendiri pun menyimpan impian semoga dipermudahkan jalan aku untuk menunaikan haji satu hari nanti, kalo boleh biarlah aku menjejakkan kaki ke sana semasa aku masih sihat dan kuat.. dan lebih indah kalo aku dapat pergi bersama-sama orang yang aku sayang, sapa lagi kalo bukan mak, ayah, suami dan anak2.. aminnnnn..

Monday, November 9, 2009

Bubur Taman Sentosa

Uit korang.. korang janganlah pelik kalo setiap minggu ada jer entry pasal makan dari aku.. aku memang tengah suka nak makan.. segala jenis makanan kalo boleh aku nak makan.. wakakaka..
Pada korang2 yang fikir aku ni cuma gi tempat high class jer untuk makan.. disini aku ingin nyatakan yang korang silap tu.. aku tak kesah pun nak makan kat mana, as long as tempat tu bersih dan juga sodap.. InsyaAllah aku akan datang, korang ckp je kat mana.. tepi jalan, bawah jambatan, belakang masjid, sebelah Balai Bomba.. kalo memang best, I'll be there..
Pada malam jumaat yang lepas, tetiba tekak mak ni teringin nak makan bubur.. kalo kat JB ni bubur yang special dan terkenal yang kat Taman Sentosa tu, maka nya malam tu mak telah dibawa oleh suami mak bersama anak2 untuk menikmatinya..
Ni satu lagi makanan yang best kat JB iaitu otak2.. faveret anak2 aku ni..

Friday, November 6, 2009

Tower 13

Korang ada nengok tak citer ni.. setiap Khamis kul 930 malam kat TV3.. best la korang (pada aku la).. aku ni bukan peminat cite seram sebab aku ni penakut.. tapi pada aku, kita hidup ni sekali sekala perlu dihidangkan dengan citer2 yang cam ni untuk menambah perisa kehidupan kita.. tul tak? tak yah terlalu obses kepada sesuatu genre sahaja.. cam aku, citer seram aku layan, kelako aku layan, cerita cinta, action, jepun, korea sumer aku layan.. Tapi aku paling suka pada citer yang ada unsur2 kekeluargaan, percintaan dan persahabatan cam citer Armageddon.. best film ever I have seen.. Tapi kan korang aku dulu pernah obses gak kat cite Indo.. Ada Apa Dengan Cinta.. tapi now ni aku dah kurangkan skit interest kat produk indo semenjak derang bakar 'Jalur Gemilang' kita..
Aku ni sebenarnya nak cite apa kat korang ek.. wakakaka.. ntahler aku pun tak tahu.. memula cam nak cite pasal cite Tower 13.. tetiba aku nak terkeluar landasan citer pasal genre film kegemaran aku.. suka hati aku la kan..

Thursday, November 5, 2009

Mamil Mama

Korang, aku dah beralih arah ke susu Mamil Mama.. Kalo korang masih ingat dulu aku pernah ckp yang tekak aku ni tak leh terima susu lain selain anmum materna je kan..
Now ok pulak, ni pun setelah diadvise oleh nurse kat klinik tu.. dia yang soh aku try Mamil Mama ni, dia kata bagus.. pada aku benda baek, why not we try.. memang leh masuk tekak aku dan aku continue minum susu ni jer..